Pada tanggal 22 November , perginya seorang insan yang aku sayangi dan menjaga aku ketika kecil dahulu , iaitu arwah Jamilah binti Samion . Arwah adalah nenek sebelah ibu aku . Arwah meninggalkan 5 orang anak dan 14 orang cucu . Arwah meninggal sehari selepas aku balik KL . Time tu aku tengah bershopping di Tesco dan mendapat panggilan dari mama aku yang mengatakan atok (panggilan aku kepada nenek aku) telah pergi meninggalkan dunia . Pada malam itu juga aku bertolak bersama Kak Madia (besties kakak aku) ke Johor Bahru . Aku sampai disana dalam pukul 3 atau 4 pagi . Setibanya aku disana , aku terus ke ruang tamu untuk melihat arwah , pada masa itu mama aku ada disebelah nenek aku dan memanggil aku dah terus memeluk aku . Aku tidak menangis pada masa itu , tetapi aku menangis di dalam hati aku . Pada pagi tersebut dalam pukul 9 lebih , nenek aku diangkat untuk dimandikan dan dikafankan , setelah dikafankan ahli kerabat keluarga aku mencium wajah jenazah buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan . Aku dan beberapa ahli keluarga aku mengangkat jenazah menaiki van jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan Islam . Pada masa itu air mata aku mula menitis sambil diperhatikan ahli keluarga aku yang lain kerana aku teringat masa arwah ayah aku dikebumikan , sungguh pilu rasa nya bila melihat salah seorang dari ahli keluarga aku dikebumikan . Jadi arwah JAMILAH BINTI SAMION akan tetap dalam kenangan , AL-FATIHAH~
-miller-