Finding something ? Search here :

Thursday, May 23, 2013

Blog memasak yang terbaru

Hai dah lama saya tak update blog , terbaru saya ada buat blog untuk memasak yang terbaru , jadi memandangkan blog saya baru lagi , saya nak minta tolong korang promotekan blog tu dan sementara tu boleh lah korang follow sekali , ni link dia www.ketukketuksenduk.blogspot.com so mana mana menu yang korang tak berapa pandai nak masak boleh lah ambil resipi ni dari blog tu , sekian terima kasih :)

Thursday, August 2, 2012

As we move foward

Keep walking and never look back ! But sometimes we need to look back , and not negatively but in positive . Sometime if we look back in negative way , we can make ourself feeling down and felt regret what we have done in the past , because of that , we can think too much in the future and maybe we will think negatively . So try to avoid not thinking and look in the past too much because it can backfired ourself , thank you .

-miller-

Monday, July 30, 2012

Kehidupan

Let's start from 2010 , start dari tahun itu banyak benda yang aku pelajari tentang erti sahabat , kawan , dan teman . Kehidupan banyak mengajar ku tentang erti kehidupan dan juga membuat ku menjadi seperti orang dewasa atau dalam erti kata lain menjadi matang . Selama aku menjadi orang , kehidupan ku banyak sahaja dugaan atau aku cari pasal dengan orang , ada sahaja benda yang tak kena . Kadang kala aku pernah bermusuhan dengan kawan aku , sahabat aku dan juga teman aku . Semuanya kerana perangai ku yang masih seperti kebudak budak kan dan tidak matang . Semakin pantas masa berlalu semakin aku sedar bahawa kelakuan aku yang sebelum ini adalah sangat tidak matang bila aku mengenangkan kembali kisah kisah atau peritiwa yang lama , tidak mengira pahit atau pun manis . Aku sangat terkilan akan perangai ku , oleh kerana perangai ku yang dulu aku tidak mendapat keputusan yang memuaskan , sampai masa ketika aku berada di tingkatan 5 , aku seperti sedar dan tidak sedar bahawa aku perlu belajar untuk SPM kerana peperiksaan yang menentukan hala tuju hidup aku akan tiba tidak lama lagi . Hati aku mengatakan banyak perkara positif seperti suruh ku untuk belajar , akan tetapi perangai aku sebaliknya dan sering kali otak aku dibuai dengan perkara perkara di luar dari pelajaran . Apabila peperiksaan SPM telah berlalu dan keputusan telah pun keluar , aku merasakan pembelajaran aku ketika berada di tingkatan 5 hanya sia sia sahaja , pada ketika itu aku mula sedar dan harus melakukan sesuatu yang akan mengubah kehidupan aku untuk masa depan aku . Aku terpilih untuk menjalani Latihan Khidmat Negara selama 2 bulan 15 hari . Pada ketika ku menjalani latihan itu , aku banyak belajar perkara baru dalam kehidupan aku , aku banyak mengenali tentang erti kehidupan , erti seorang sahabat , kawan dan teman . Dan pada ketika itu aku telah diberi dugaan oleh Nya yang maha agung , aku seperti putus harapan untuk meneruskan latihan di kem itu , tetapi dengan sahabat , kawan dan juga teman yang ada disamping aku ketika itu menaik kan kembali semangat aku untuk menjalani latihan di sana . Setelah itu aku nekad untuk berubah setelah tamat latihan , walaupun tidak banyak perubahan yang berubah tentang diri aku , aku berjaya juga untuk mengubah nasib aku dari diri aku yang dulu yang tiada masa depan yang cerah kepada diri aku yang sekarang yang mempunyai cita cita yang menggunung , seperti cerita yang seolah olah menggambarkan kisah kehidupan aku iaitu "Biar Mimpi Sampai ke Bintang" . Tidak salah untuk kita mempunyai cita cita atau keinginan yang besar , kerana dari cita cita dan keinginan yang besar itu lah yang membuatkan kita bangkit dari lena . Kini aku nampak perbezaan diri aku yang dahulu dan diri aku yang sekarang , dengan tidak aku sedari banyak juga perubahan yang dilakukan oleh diri aku sendiri berkat usaha aku sendiri yang mahu berubah . Aku berterima kasih kerana aku terpilih untuk menyertai Latihan Khidmat Negara , kerana dari situ aku dapat mengubah banyak keburukan kepada kebaikan dalam diri aku sendiri . Itu lah kisah kehidupan aku yang telah aku ringkaskan , dari diri aku yang dulu sehinggalah diri aku yang sekarang , perubahan boleh dilakukan pada bila bila masa hanya satu yang diperlukan untuk melakukan perubahan tersebut iaitu Kebolehan untuk mengubah diri sendiri . Jika tiada kebolehan mustahil untuk kita berubah , dan dengan kebolehan juga kita boleh mengubah diri sendiri dan bukan diri sendiri sahaja malahan dalam diri orang lain juga . Dan yang terakhir , "Mimpi Biar Sampai ke Bintang" itu lah perkataan yang membangkitkan semangat aku untuk berubah , tiada apa yang mustahil untuk kita berubah . Sekian ..

-miller-

Friday, July 27, 2012

Ketika itu ...

Pabila aku renungkan kembali saat berada disana ku rasakan sebak dan sayu kerana saat riang , gembira dan ketawa bersama mu adalah saat paling bahagia ketika berada disana . Saat ku jejak kan kaki ku disana bermula lah episod baharu ku di tempat itu , dan segala kenangan pahit dan manis telah temaktub di dalam sejarah episod hidup . Kini sejarah episod hidup telah berakhir meninggalkan segala kisah suka duka bersama , yang tinggal kini hanya lah ngiang-ngiang memori lama yang tertulis di dalam memori , ku harap kan dikau tidak akan melupakan segala kenangan memori kita bersama . Berakhirlah pengembaraan episod penuh mencabar di dalam Kem Millennium bersama rakan seperjuangan daripada tiga negeri yang hebat belaka iaitu Sabah , Sarawak dan juga Selangor , jasa dikau semua tidak akan aku lupakan . Sekian :)

- miller -

Monday, July 23, 2012

Random post

Saya tak pandai edit blog , saya hanya pandai tangkap gambar , blog saya simple sahaja , saya tak sehebat awak pandai edit blog , sekian terima kasih :)

-tidak ada kena mengena dengan terasa atau tidak-

Sunday, July 22, 2012

National Service

Just one word to describe National Service - "AWESOME!"

Friday, February 3, 2012

Ye , bersama saya lagi Aizat Miller dalam bloggg "FROSTED GEMS" . Ye , saya fikir , saya tulis dan saya post kedalam blog . Ye, sejak kebelakangan ini saya asyik terasa bosan sahaja , mungkin kerana sudah meninggalkan alam persekolahan ? Ye , mungkin ye sebab disekolah ada benda saja nak buat , berfikir dan belajar , saya rindukan semua benda yang disana dan kawan kawan yang sering saja bergaduh , bergurau dan ketawa bersama . Ye , tapi semua itu sudah berlalu sebulan yang lalu . Ye , sekarang saya harus meneruskan hidup dan sambung belajar jika mendapat tawaran ke IPTA (kalau dapat lah) . Ye , buat masa ini saya perlu berdikari untuk hidup seperti mencari duit poket sendiri dan tak ada lah membebankan mak , tapi kadang kadang tu minta lah juga duit . Ye , sekarang saya baru sedar akan bermacam macam orang saya jumpa , ini lah dikatakan dunia sebenar , mungkin ? Ye , jika dibandingkan di sekolah , kita hanya tahu perangai orang satu sekolah sahaja , tetapi dia luar selepas bebas dari persekolahan , bermacam macam orang kita akan jumpa . Ye , dengan kesedaran ini akan membuatkan kita lebih matang dan berkelakuan seperti orang besar bersesuaian dengan umur dari remaja ke dewasa . Ye , sampai disini sahajalah post saya kali ini , nantikannya lagi dalam post post yang akan datang , sekian salam 1 Malaysia .

- miller -