Finding something ? Search here :

Monday, July 30, 2012

Kehidupan

Let's start from 2010 , start dari tahun itu banyak benda yang aku pelajari tentang erti sahabat , kawan , dan teman . Kehidupan banyak mengajar ku tentang erti kehidupan dan juga membuat ku menjadi seperti orang dewasa atau dalam erti kata lain menjadi matang . Selama aku menjadi orang , kehidupan ku banyak sahaja dugaan atau aku cari pasal dengan orang , ada sahaja benda yang tak kena . Kadang kala aku pernah bermusuhan dengan kawan aku , sahabat aku dan juga teman aku . Semuanya kerana perangai ku yang masih seperti kebudak budak kan dan tidak matang . Semakin pantas masa berlalu semakin aku sedar bahawa kelakuan aku yang sebelum ini adalah sangat tidak matang bila aku mengenangkan kembali kisah kisah atau peritiwa yang lama , tidak mengira pahit atau pun manis . Aku sangat terkilan akan perangai ku , oleh kerana perangai ku yang dulu aku tidak mendapat keputusan yang memuaskan , sampai masa ketika aku berada di tingkatan 5 , aku seperti sedar dan tidak sedar bahawa aku perlu belajar untuk SPM kerana peperiksaan yang menentukan hala tuju hidup aku akan tiba tidak lama lagi . Hati aku mengatakan banyak perkara positif seperti suruh ku untuk belajar , akan tetapi perangai aku sebaliknya dan sering kali otak aku dibuai dengan perkara perkara di luar dari pelajaran . Apabila peperiksaan SPM telah berlalu dan keputusan telah pun keluar , aku merasakan pembelajaran aku ketika berada di tingkatan 5 hanya sia sia sahaja , pada ketika itu aku mula sedar dan harus melakukan sesuatu yang akan mengubah kehidupan aku untuk masa depan aku . Aku terpilih untuk menjalani Latihan Khidmat Negara selama 2 bulan 15 hari . Pada ketika ku menjalani latihan itu , aku banyak belajar perkara baru dalam kehidupan aku , aku banyak mengenali tentang erti kehidupan , erti seorang sahabat , kawan dan teman . Dan pada ketika itu aku telah diberi dugaan oleh Nya yang maha agung , aku seperti putus harapan untuk meneruskan latihan di kem itu , tetapi dengan sahabat , kawan dan juga teman yang ada disamping aku ketika itu menaik kan kembali semangat aku untuk menjalani latihan di sana . Setelah itu aku nekad untuk berubah setelah tamat latihan , walaupun tidak banyak perubahan yang berubah tentang diri aku , aku berjaya juga untuk mengubah nasib aku dari diri aku yang dulu yang tiada masa depan yang cerah kepada diri aku yang sekarang yang mempunyai cita cita yang menggunung , seperti cerita yang seolah olah menggambarkan kisah kehidupan aku iaitu "Biar Mimpi Sampai ke Bintang" . Tidak salah untuk kita mempunyai cita cita atau keinginan yang besar , kerana dari cita cita dan keinginan yang besar itu lah yang membuatkan kita bangkit dari lena . Kini aku nampak perbezaan diri aku yang dahulu dan diri aku yang sekarang , dengan tidak aku sedari banyak juga perubahan yang dilakukan oleh diri aku sendiri berkat usaha aku sendiri yang mahu berubah . Aku berterima kasih kerana aku terpilih untuk menyertai Latihan Khidmat Negara , kerana dari situ aku dapat mengubah banyak keburukan kepada kebaikan dalam diri aku sendiri . Itu lah kisah kehidupan aku yang telah aku ringkaskan , dari diri aku yang dulu sehinggalah diri aku yang sekarang , perubahan boleh dilakukan pada bila bila masa hanya satu yang diperlukan untuk melakukan perubahan tersebut iaitu Kebolehan untuk mengubah diri sendiri . Jika tiada kebolehan mustahil untuk kita berubah , dan dengan kebolehan juga kita boleh mengubah diri sendiri dan bukan diri sendiri sahaja malahan dalam diri orang lain juga . Dan yang terakhir , "Mimpi Biar Sampai ke Bintang" itu lah perkataan yang membangkitkan semangat aku untuk berubah , tiada apa yang mustahil untuk kita berubah . Sekian ..

-miller-

No comments:

Post a Comment